Saturday, 26 April 2008

Banyak Tidur..banyak makan..

Rasulullah bersabda:

"Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur.Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air."
Orang-orang soleh menafsirkan perut ibarat kuali di bawah hati.Jika terisi banyak akan menggenangi hati sehingga menjadi kotor dan hitam.Malah, banyak makan dapat mengurangi kecerdasan dalam mencari ilmu.


Diceritakan daripada Yahya bin Zakaria as. Dia melihat iblis membawa beberapa tali, lalu ditanya "Apa itu?" iblis menjawab,"Inilah 'syahwat' . Dengan ini akan aku ikat anak cucu Adam." Yahya as bertanya lagi "Adakah pernah kau mengikatku dengan tali itu?." jawab iblis,"Tidak. melaikan hanya suatu malam engkau makan sampai kenyang dan aku memberatkan engkau untuk solat." Kemudian Yahya as berkata "sesungguhnya setelah kejadian itu,aku tidak akan makan sampai kenyang selamanya.". Demikianlah orang yang tidak pernah kenyang selama hidupnya kecuali satu malam. Bagaimanakah orang yang tidak pernah lapar selama hidupnya melaikan satu malam mengharapkan lazatnya ibadah?

Thursday, 27 March 2008

mujahid muda

Kedamaian terbina
Dari rahmat keamanan
Kebahagiaan terbina
Dari nikmat perpaduan
Kemajuan tercipta
Dari usaha pembangunan
Kasih sayang perhubungan kita semua

Anak muda dan remaja
Warga pewaris dunia
Hargai jasa yang tua
Teruskanlah perjuangannya

Memang payah
Untuk membentuk hidup yang sempurna
Akan mudah jika kita berusaha
Demi kejayaan bersama

Tuesday, 25 March 2008

nur kehidupan

بسم اللةالرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang….

Wahai Yang Maha Mengetahui…..

Degarlah ….sesungguhnya Engkau maha mendengar….

Ya Allah tunjukkan jalan untukku..

Ya Allah…nasihatilah aku….

Aku penat…terseksa lantaran perbuatanku…

Ya Allah…ampunilah dosaku…

Kuatkanlah hatiku..

Aku mohon kecintaan terhadapmu….

Agar cinta itu menjadi pendorong segala-galanya dalam hidupku….

Aku tidak dambakan kekayaan,kemewahan dan kesenangan hidup semata-mata….

Tapi….cukuplah bagiku, hidup yang bererti di bawah lembayung rahmat mu….

Ya Allah….Wahai yang sentiasa Mendengar…..

Datanglah ke hatiku……

Aku rindukanMu…..

Aku dambakan redhaMu…..

Bantulah aku….supaya aku benar-benar dalam redhaMu…..

Ya Allah….peritnya perasaan ini…..

Pedihnya hati ini…..

Ya Allah….letakkan aku pada jalan yang engkau redhai…

Ya Allah….. tentu engkau tahu…

Penah ada dalam hatiku…..

Pernah bergetak dalam hatiku…….

Aku inginkan cintaMu ….

Aku ingin melabuhkan pakaianku keranaMu….

Aku ingin menebarkan niatku hanya keranaMu…….

Setiap tindakan ku bertunjangkan keredhaanMu….

Aku ingin menjauhi manusia yang berlatarkan duniawi….

Manusia-manusia yang bertunjangkan duniawi….

Aku ingin berhijrah….

Hanya keranaMu….

Engkau tentu tahu….ejekan terhadap hukumMu….

Sungguh memarakkan kemarahan dalam hatiKu…

Kerana bagiku hukumMu cukup sempurna…

Tiada kesempurnaan yang selain itu…..

Aku cukup yakin terhadapMu…..

Ya Allah……..

Tunjuki aku……ilhamkan padaku……

Jalan dan cara untuk aku sentiasa dalam redhaMu….

Dan untuk aku membantu yang lain di dalam kebenaran….

Ya Allah….tentu Engkau tahu…..

Pernah bergolak dalam hati ini…..

Ingin ku lari dari tempat ini….

Ingin ku lari dari suasana yang penuh dusta ini….

Ingin ku jauhi kehidupan disini…..

Ingin ku bina sebuah kehidupan yang benar-benar dalam redhaMu…..

Namun , tidak lengkap iman seseorang itu tanpa ujian….

Tidak teguh iman seseorang itu tanpa dugaan….

Tidak mantap iman seseorang itu tanpa keperitan yang dirasa…….

Kerana itulah tanda kasih Allah kepada hambaNya….

Kerana itu menguji keyakinan terhadapNya…..

Ya Allah….Engkau maha Adil…

Engkau maha mengetahui….

Engkau maha Bijaksana….

Dan tidaklah engkau jadikan sesuatu itu dengan sia-sia….

Dan tidaklah Engkau letakkan sesuatu ujian pada seseorang itu…

Jika bukan dengan kemampuannya….

Ya Allah….

Akhirnya…aku bergantung padaMu……

Aku berharap padaMu…

Hidup matiku hanya keranaMu…..

Al-Quran adalah panduan hidupku…..

Ya Allah….jadikanlah aku….

Orang yang beriman dan bertakwa….

Jadikan aku insan yang beracuankan Al-Quran….

Hidup ini tidak akan lekang dari ujian…

Hanya yang melestarikan hidup ini semata-mata keranaNya…

Yang dapat merasakan….

Kenikmatan cinta dan rindu padaNya……

Lantaran menghadapi ujian dariNya…..

Sesungguhnya ujian itu adalah tanda kasih sayang dari Allah….

Maka, sabarlah hati….dengan sabar yang indah…

Kerana orang yang sabar itulah orang yang beruntung…..

Itulah nikmat ketaatan pada Allah……




Saturday, 22 March 2008

Penyelamat dari kesesatan(Imam Al Ghazali)

"Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan sepenuhnya keyakinan dengan sepenuh keyakinan bahawasanya golongan sufi(ahli2 tasauf), merekalah yang sebenarnya orang yang mengikut jalan Allah s.w.t secara khusus dan cara hidup mereka adalah sebaik-baik cara hidup, manakala jalan yang mereka lalui adalah jalan yang mereka lalui adalah jalan yang paling benar dan akhlak mereka adalah yang paling bersih. Bahkan,seandainya dihimpunkan akal orang yang cerdik pandai,hikmat para Hukama(ahli-ahli Hikmat) dan kepakaran para Ulama yang mendalami rahsia-rahsia syari'at dengan tujuan untuk merubahkan sedikit dari cara hidup ataupun akhlak mereka dan menggantikan dengan satu cara hidup atau akhlak yang lebih baik daripadanya,sudah pasti mereka tidak akan menemukannya. Ini disebabkan kerana segala pergerakan ahli sufi itu dan begitu juga diam mereka sama ada zahir atau batin adalah bersumber dari pancaran cahaya kenabian. Dan sudah pasti bahawa tidak ada selain dari pancaran cahaya kenabian itu sebarang nur yang dapat dijadikan panduan bagi kehidupan di atas muka bumi ini."

(dipetik dari kitab "Al Munqiz Minad Dhalal")

Thursday, 20 March 2008

CINTA SEJATI




“Kejayaan hakiki dalam menuntut ilmu adalah keberkatan
dari pemilik ilmu tersebut.Bukti keberkatan itu adalah bilamana
seseorang berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
Maka,berhasillah ilmu itu sebagai nur,pembimbing manusia menemui
jalan kebenaran.Adapun natijah bertulis hanyalah penilaian kecil
yang tidak harus diperkecil.Justeru,jadilah penuntut ilmu yang
cemerlang lagi terbaik dari segenap aspek!”

-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------

Petua Cinta Abadi

Cinta abadi tidak ada syarat, Ia tidak bertambah dengan kebaikan dan tidak berkurang dengan kesilapan yang dilakukan. Syarat tunggal adalah kepatuhan kepada Allah swt.






---------------------------------------------------------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,jika kau hilangkan
agama dalam dirimu,hilanglah cinta ku pada mu"
(imam Nawawi)

"pesan pada diri,tabahkan hati kuatkan semangat;
pesan pada hati,kukuhkan iman banyakkan zikrullah;
pesan pada naluri,jangan mengeluh dan kecewa....
tiada daya dan rezeki melainkan dari Allah...
Ingat Allah sentiasa bersama kita."